Matan Bina' Al Af'al



Buku ini adalah sebagai khidmat kepada Matan Bina’ al-Af‘al yang dikarang al-Mawla Mulla Abdullah al-Datfazi, salah seorang ulama sekitar kurun ke-7 Hijrah, rahimahullah Taala. Matan ini dianggap sebagai salah satu matan yang masyhur dalam ilmu saraf (morfologi). Antara keistimewaan buku ini ialah:

* - Teks-teks matan dibariskan dengan sempurna bagi memudahkan para pembaca yang baru belajar.
* - Pembahagian isi kandungan disusun berdasarkan nombor dan huruf agar jelas bagi pembaca.
* - Pengubahan wazan-wazan dan kata-kata kerja yang sama bentuk dengannya kepada sembilan atau 10 bentuk yang berlainan di bahagian nota kaki buku.
* - Jadual-jadual perbandingan antara pengubahan kata kerja yang berbeza jenis juga turut disediakan.
* - Pelbagai indeks disediakan pada akhir kitab untuk rujukan, kandungan kitab secara tertib huruf dan kandungan kitab mengikut halaman.

Penulis : Ustaz Wan Nasir Wan Abd Wahab
Harga : RM5.00
Penerbit : Telaga Biru
 
Kedai Buku PEMBINA Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting